Iklan Biasiswazah Zamalah UTM PDF Print E-mail

Permohonan adalah dipelawa untuk pembiayaan Biasiswazah Zamalah bagi universiti-universiti penyelidikan untuk pengajian Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia. Biasiswazah Zamalah adalah meliputi Yuran Pengajian dan Elaun sebanyak RM2,500 sebulan selama TIGA TAHUN pengajian dengan syarat penilaian akan dibuat setiap tahun. Kos lain seperti yuran penginapan, perlindungan kesihatan, perjalanan pergi balik, kos buku dan perbelanjaan menghadiri persidangan adalah tidak termasuk dalam pembiayaan.
Pelajar yang memerlukan penyambungan pembiayaan selepas tamat tempoh pembiayaan boleh memohon semula dengan syarat telah menghasilkan penerbitan.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dipelawa untuk pengajian di peringkat PhD sahaja.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur tidak lebih 35 tahun.
  3. Pemohon mestilah tidak bekerja atau mempunyai tajaan pengajian dari sumber-sumber lain.
  4. Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana dengan pencapaian yang baik dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf, ATAU Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau CGPA ≥ 3.50 (dengan pengalaman penyelidikan).
  5. Pemohonan mestilah selari dengan permohonan masuk ke dalam program Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia.
  6. Pemohon mestilah melengkapkan Borang Permohonan Biasiswazah Zamala dan mengemukakan salinan semua dokumen yang dikehendaki.
  7. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti bukti penulisan artikel dalam jurnal, anugerah penyelidikan dan anugerah pelajar terbaik bagi menyokong permohonan bagi membuktikan keupayaan melaksanakan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan.
  8. Pemohon perlu mengemukakan satu Cadangan Penyelidikan dengan seorang Penyelia mengikut format borang yang boleh dimuat-turun dari halaman Sekolah Pengajian Siswazah di www.sps.utm.my.

Bagi mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai Biasiswazah Zamalah, sila lawati laman web Sekolah Pengajian Siswazah, UTM menerusi alamat www.sps.utm.my.


Peruntukan Biasiswazah Zamalah UTM

 

1. Biasiswazah Zamalah adalah terbuka kepada pelajar-pelajar PhD TEMPATAN yang mendaftar di UTM sepanjang tahun 2010 sehingga 31 Ogos 2010 dalam program peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.

2. Setiap pelajar perlu menyediakan satu Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) yang boleh dilakukan secara perbincangan dengan seorang Penyelia yang dilantik. Cadangan Penyelidikan ini mestilah mengikut format borang yang boleh dimuat-turun dari halaman Sekolah Pengajian Siswazah di www.sps.utm.my.

3. Pembiayaan adalah meliputi Yuran Pengajian dan Elaun sebanyak RM2,500 sebulan selama TIGA TAHUN pengajian dengan syarat penilaian akan dibuat setiap tahun. Kos lain seperti yuran penginapan, perlindungan kesihatan, perjalanan pergi balik, kos buku dan perbelanjaan menghadiri persidangan adalah tidak termasuk dalam pembiayaan.

4. Peruntukan sejumlah RM 10 juta diperlukan untuk Biasiswazah Zamalah yang boleh menampung 300 pelajar PhD.

5. Pelajar yang memerlukan penyambungan pembiayaan selepas tamat tempoh pembiayaan boleh memohon semula dengan syarat telah menghasilkan penerbitan.

6. Penganugerahan Biasiswazah Zamalah kepada pelajar yang berjaya akan diberikan setelah,
  • Pelajar diterima masuk ke dalam program Ijazah Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia.
  • Pelajar mengemukakan Cadangan Penyelidikan mengikut format yang dikehendaki.